Lafarge Sponsors Akhbar Utusan Malaysia

22.04.2012
 

22 April 2012 

 

JOHOR BAHRU 21 April - Syarikat simen, Lafarge Cement Sdn. Bhd. (Lafarge) menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM5,000 untuk diagih-agihkan kepada enam buah sekolah di sekitar Pasir Gudang dan Pontian, dekat sini bermula bulan ini.

 

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, SK Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Perigi Acheh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang dan SMK Telok Kerang yang merupakan satu-satunya sekolah di Pontian.

 

Pengurus Kilang Lafarge, Tay Che Hui berkata, penajaan akhbar Utusan Malaysia itu merupakan sebahagian projek komuniti syarikat dalam menggalakkan kecemerlangan pendidikan dan akademik pelajar di sekolah tersebut.

 

"Kami memperuntukkan RM100,000 setiap tahun untuk projek ini yang turut meliputi pemberian Anugerah Kecemerlangan Akademik Lafarge dan Dermasiswa Lafarge," katanya selepas majlis tajaan itu di SMK Pasir Gudang di sini hari ini.

 

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A. Malek; Pemangku Pengetua SMK Pasir Gudang, Saleha Wahab; Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Asri Jantan dan Eksekutif Jualan Zon Selatan, Mohd. Shahrul Azhar Yacob.

 

Menurutnya, pemberian bantuan kepada pelajar miskin serta mengiktiraf pelajar cemerlang di enam sekolah terlibat merupakan tahun ketujuh dilaksanakan dan program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

 

"Program Anugerah Kecemerlangan Akademik Lafarge diberikan kepada tiga pelajar terbaik dari setiap sekolah terlibat berdasarkan keputusan peperiksaan di sekolah rendah dan menengah dalam bentuk sijil penghargaan dan hadiah.

 

"Bagi Dermasiswa Lafarge pula, ia merupakan bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan sebanyak RM100 hingga RM400 dan setakat ini lebih 2,000 pelajar mendapat manfaat daripada program itu," katanya.


TRANSLATION

 

Lafarge Sponsors akhbarUtusan Malaysia

 

JOHOR BAHRU 21 April - Cement company Lafarge Cement Sdn. Bhd. (Lafarge) sponsors the Utusan Malaysia newspaper worth RM5,000 to be distributed to six schools nearby in the vicinity of Pasir Gudang and Pontian effective this month.

 

Schools involved are the National School (SK) Pasir Putih, SK Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Perigi Aceh, the National High School (SMK) Pasir Gudang and SMK Telok Kerang, the only school in Pontian.

 

Lafarge Plant Manager, Tay Hui Che said Utusan Malaysia's sponsorship is part of a community project to promote education and academic excellence at the school.

"We allocate RM100,000 each year for this project which also covers the provision of Academic Excellence Awards and Lafarge Scholarships," he said after the event at SMK Pasir Gudang here today.

Also present were Minister of Higher Education Political Secretary, Khairi A. Malek; Acting Principal of SMK Pasir Gudang, Saleha Wahab; Utusan Melayu (M) Bhd., South Zone Senior Marketing Executive, Mohd. Asri Jantan and South Zone Sales Executive, Mohd. Shahrul Azhar Yacob.

 

According to Tay, the programs were implemented for the 7th year in providing assistance to poor students and recognize outstanding students in six schools involved and such programs will continue in the future.

 

"The Lafarge Academic Achievement Award is given to the top three students from each school involved based on their results in primary and secondary schools in the form of certificates of appreciation and gifts.

 

"For Lafarge Scholarship, it is financial aid for needy students of RM100 to RM400 and todate more than 2,000 students have benefited from the program," he said.